Pokok Mambu
Pokok Mambu

Pokok Mambu

Pokok Mambu atau juga dikenali sebagai Semambu (Azadirachta indica, sin. Melia azadirachta L., Antelaea azadirachta (L.) Adelb.) ialah sejenis tumbuhan dalam keluarga mahogani Meliaceae. Ia merupakan satu dari dua spesies dalam genus Azadirachta, dan tempatan di India, Myanmar, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan. Ia tumbuh di kawasan tropika dan kawasan semi-tropika. Nama lain termasuk Neem (Bengali), Arya Veppu (Malayalam), Azad Dirakht (bahasa Parsi), Nimba (Sanskrit dan Marathi), DogonYaro (dalam sesetengah bahasa Nigeria), Margosa, Neeb (bahasa Arab), Nimtree, Vepu, Vempu, Vepa (bahasa Telugu), Bevu (bahasa Kannada), Kohomba (bahasa Sinhala), Vempu (bahasa Tamil), Tamar (bahasa Burma) dan Indian Lilac (Inggeris). Di Afrika Timur ia juga dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, kerana ia dikatakan merawat 40 jenis penyakit.